Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Bagi yang pernah menonton 16 & 17 Puasa kenal lah perangai Barkoba (Bell Ngasrizal) ni dan tag line “Yak… Yak.. Yea!” tu TAPI kita bukan nak cerita pasal manusia tak nak puasa macam watak tu.
Kita nak kongsikan kelebihan puasa ni semoga lagi bersemangat meningkatkan ibadah kita ni. InsyaAllah!
KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Pintu langit dibuka.
Pintu-pintu syurga di buka.
Syaitan dibelenggu.
Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
Orang yang berpuasa dikabulkan permintaanya oleh Allah SWT.
Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak.
Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat. Selamat Berbuka!!
Note: Tahukah anda AHLI KELUARGA AL JAZARI akan mendapat info, tips malah video khas yang bermanfaat tinggi. Jom sertai sekarang!