Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
“Ramadhan tiba”
”Ramadhan tiba”
”Ramadhan tiba”
”Marhaban Ya Ramadhan”
”Marhaban Ya Ramadhan”
”Marhaban Ya Ramadhan”
Sedapkan lagu nyayian Opick bertajuk Ramadhan Tiba ni? Kita akan menyambut Ramadhan beberapa hari lagi. Mesti tak sabar kan. Seronoknya suasana bulan Ramadhan yang mulia ni.
Banyak ganjaran diberikan kepada hamba yang ingin mengejar kelebihan bulan mulia ini salah satunya kebaikkan melakukan sedekah seperti memberi orang berpuasa makan, menjamu anak yatim piatu dan juga menaja pusat pengajian seperti madrasah atau mahaad tahfiz.
Ganjarannya amat besar dan mulia amalannya. Sudahkan kita siapkan diri untuk menyambut tetamu mulia yang hadirnya setahun sekali ini? Ada yang menantikan Ramadhan akan tetapi Ajal yang mengunjung tiba.
Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan yang akan tiba. Alhamdulillah untuk semuanya!