Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Hari ni nak share hadis mengenai KEISTIMEWAAN wanita. Ya! Anda yang membaca ni (jika anda wanita) dan buat lelaki yang membaca ini kelebihan WANITA ya.
“Kerana dirimu begitu berharga.”
Wanita Solehah
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
[ Hadis Riwayat Muslim (715) ]
Wanita Taat
أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”
[ Hadis Riwayat Abu Daud (1664) ]
Wanita 3 - 1 Lelaki
Kedudukan wanita sebagai ibu juga amat dimuliakan. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis oleh Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab: Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.
[ Hadis Riwayat Muslim (2548) ]
Jika ada ibu peluk mereka ada isteri raikan mereka ada anak manjakan mereka ya. Jika sudah tiada jangan lupa doa dan sedekah serta amal kebaikkan buat mereka.
Kata orang putih “Woman Always RIGHT!” jadi kita lelaki kena la LEFT. Hahaha (pasrah je..)
Dah Qurban ka belum? Klik sini jika belum ada pakej special tau!