Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah. Bulan yang sangat dinantikan telah tiba dan kita telah diberikan peluang untuk menyambutnya. Hari ini adalah hari PERTAMA semoga semua BERJAYA hingga ke AKHIRat ya!
Sempena puasa ini kami nak kongsikan sedikit tips, hadis dan doa untuk anda semua. Boleh tambah baik lagi kualiti puasa kita nanti InysaAllah!
3 Tips Sihat Ramadhan
3.1 Jangan Lupa Sahur
Jangan lupa untuk makan sahur. Ini adalah hidangan paling penting pada hari itu untuk membantu anda kekal bertenaga dan sihat semasa berpuasa. Untuk menikmati sahur yang sihat, makan sarapan yang seimbang yang mengandungi karbohidrat kompleks, serat dan protein.
Anda boleh menikmati makanan seperti beras perang, gandum, dan oat yang akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama, serta makanan yang tinggi serat, seperti kurma, bijirin, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah-buahan , terutamanya aprikot, plum, betik dan pisang.
Protein boleh didapati daripada telur, keju, yogurt, atau daging, ini boleh membantu anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari.
3.2 Minum Air Secukupnya
Kebanyakan badan kita terdiri daripada air, dan kita memerlukan jumlah air yang sama seperti yang hilang ketika kita berpuasa.
Minum banyak air setiap hari - ini berbeza mengikut berat badan anda - untuk membantu badan kekal terhidrat semasa berpuasa.
Adalah lebih baik untuk mengelak daripada mengambil kafein semasa berpuasa bagi mengelak daripada terpaksa membuang air kecil dengan lebih kerap.
Sepanjang Ramadan, cuba kurangkan minum kopi supaya anda tidak mengalami dehidrasi.
3.3 Makan Sekadar Keperluan
Pada bulan Ramadan, waktu yang paling dinanti-nantikan ialah berbuka puasa. Namun, ramai yang malas dan tidak meluangkan masa untuk menikmati juadah berbuka puasa.
Berbuka puasa dengan makan cepat akan membuatkan perut terasa kembung. Oleh itu, makan secara perlahan-lahan dan sederhana untuk mengelakkan perut kembung.
Anda boleh berbuka puasa dengan memakan makanan ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air. Beberapa jam kemudian, anda boleh makan lebih berat.
2 Hadis Ramadhan
2.1 Keberkatan Sahur
Rasulullah ﷺ menyebutkan:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
(HR al-Bukhari)
2.2 Doa Malaikat
Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.”
(HR Ahmad)
1 Doa Ramadhan
1.1 Doa Para Salafussoleh Menyambut Ramadhan
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.]
Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).
[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab al-Du’a (913)]
Semoga dapat memberi manfaat buat anda semua. Ini adalah perkongsian TERAKHIR buat semua kerana SELEPAS ini 3-2-1 akan dikongsikan dengan AHLI KELUARGA AL JAZARI sahaja tetapi buat yang bukan AHLI anda akan menerima info atau maklumat biasa.
Jika anda ingin turut mendapat manfaat dan kebaikkan bersama boleh SERTAI AHLI KELUARGA AL JAZARI SEKARANG!
Klik disini → Saya Nak Join AHLI KELUARGA AL JAZARI!!
Info: RAMADHAN ni kita akan buat COACHING KHAS untuk ANDA. Nantikannya!
Yang belum. Tunggu apa lagi? JOM JADI AHLI KELUARGA AL JAZARI